Ini adalah post caca marba tentang plan holiday ke Europe hujung bulan ni.
Mama sebenarnya dah lama cakap dia nak pergi London lagi. Last kitorang pegi London tahun 2011 kot and plan asal nak pegi tahun 2014. Nak pergi tengok musim bunga katanye. Tapi, nak dijadikan cerita masa nak buat planning trip tu, aku tetibe pregnant. Heh.. tetibe la sangat kan? Haha.. jadi terpaksalah ditangguhkan sebab bulan April tu aku memang dah pregnant 8 bulan. Penguin pon boleh gelak kalau tengok aku berjalan time tu :P
Jadi, planning ditangguhkan selama setahun. April 2015 ni kitorang bakal ke Europe kembali, insya allah. Nasib baik jugak aku beranak cser, kalau tak mama aku cakap silap2 aku pregnant lagi. Kensel plan lagi.. cheisss..
Plan kami nak pegi Amsterdam, Brussels, Paris and London. Aku sebenarnya nak explore negara2 lain yang aku tak pernah pegi, tapi since mama nak jugak pegi London.. kite pergi lah jugak London untuk sekian kalinya. Oh, trip ni mama fully sponsor sebab aku dan suami angkat bendera putih awal2 kitorang tade budget nak sponsor trip. Yelah, baru dapat anak.. dan baru beli rumah baru.. dan kalau semua urusan selesai, bulan April-May ni akan mula bayar installment untuk 2 bijik rumah serentak. Memang kitorang akan sesak selagi dua rumah tu takde penyewa.. huhu..
Jadi, aku, suami dan adik lelaki aku cuma akan teman mama dan makcik aku yang teringin sangat nak berholiday ni. Aku seperti biasa akan jadi itinerary and financial planner, husband aku advisor merangkap tukang angkat beg. Adik bongsu aku pulak akan jadi budak suruhan mak aku untuk mengekor die shopping di mana2 sahaja kot.. hehehe
Tugas aku sebagai itinerary dan financial planner ni yang paling susah sebenarnya. Mama bagi aku duit dan suruh plan holiday untuk dia. Budget tu kalau kitorang semua ni sanggup duduk youth hostel, memang meriah la kan? Tapi, knowing mama.. dia tak harapkan duduk hotel 5 bintang tapi dia nak yg selesa. Jadi, ke AirBnB lah kita.
Bab cari accomodation dah satu hal.. sebab kitorang beli tiket bulan January untuk trip bulan April.. jadi rumah yang elok + murah + dekat memang takde dah. Dekat Amsterdam aku amik rumah yang elok + tak berapa murah + sederhana jauh. Tapi takpe, sebab kitorang sewa kereta kat Amsterdam dan rumah tu even jauh dari bandar, tapi dekat dengan attraction yang kitorang nak pergi.
Brussels pulak lepas aku buat research, berbaloi untuk day trip from Amsterdam je sebab distance lebih kurang macam KL-Kluang je. Kalau amik train + accomodation kat Brussel, agak mahal secara keseluruhannya berbanding dgn sewa kereta dan rumah di Amsterdam. Sebab.. train direct dari Amsterdam - Paris lagi murah dari Amsterdam - Brussels, Brussels - Paris. Tu tak termasuk hassle nak angkat beg turun naik train beberape kali. Kitorang pon plan nak singgah Brugge yang kalau nak naik turun train agak payah considering mak dan makcik aku yg dah agak berusia.
Jadi, kitorang stay Amsterdam lama sikit sebab nak buat day trip Amsterdam-Brussels dan Brugge kalau sempat. Kalau plan menjadi, insya allah ada masa untuk road trip ke The Hague and Rotterdam jugak.
Dekat Paris dapat yg elok + murah + dekat. Alhamdulillah.. jadi tade masalah untuk kat Paris sbb kitorang cuma duduk 2 hari 2 malam je. Dulu2 pergi Paris memang aku tade feel sangat pon dengan bandar yang konon romantik tapi kotor ni.. Tapi, ade antara kami yang tak pernah jejak Paris aku rasa baiklah kita singgah sekejap kat sini sebelum naik Eurostar ke London. Lagipon, dulu2 pegi time bitter dengan cinta.. kali ni pergi dengan suami dan anak tercinta, harapnya aku dapatlah rasa aura romantik kota Paris ni. Haha..
Destinasi terakhir adalah London. Accomodation kat sini agak haru sebab sederhana elok + mahal + dekat. Pengubat hati dia cuma dekat ajela.. tapi, kalau nak banding dgn rumah kat Amsterdam tu memang terasa macam pindah dari TTDI ke flat pekeliling kot... hehe... Pasal jenjalan, aku rasa kitorang akan duduk lama kat Oxford Street je, sebab aku sendiri dah plan nak shopping sakan kat sini. Tu baru aku, belum mak aku lagi.. haha.. Tapi, untuk benefit husband, makcik dan adik aku.. mungkin kitorang akan pergi melawat tempat2 menarik sekitar London. Lagipon aku sendiri tak pernah tengok Guard Changing ceremony, pergi Camden market, masuk Tower of London.. heheh.. banyak lagi tempat yang aku belum visit even though dah banyak kali pergi London ni. Selalunya, pergi London memang aku sakan kat Oxford Street je tapi kalini mungkin kena kurangkan aktiviti shopping sikit sebab GBP tengah mencanak sekarang ni. Best jugak kalau boleh buat trip ke stonhenge kan? AA.. nanti kite tengok balik itinerary boleh selit ke tidak lagi..
Kesimpulannya, trip kali ni sangat mencabar sebab nak kena plan untuk 6 orang (normal sedan car tak boleh muat), kena pastikan tempat tu baby friendly sebab nak bawak anak yang baru 10 bulan, tak boleh lasak sangat sebab mak dan makcik aku tak larat. Itinerary pon longgar2 je dan tak boleh ade walking trip jauh2. Haih, banyak betul restriction kan? Budget pon ade restriction.. haha
Okay, next update confirm selepas kitorang balik dari holiday.
No comments:
Post a Comment